Dalam proses pengajaran Pendidikan Jasmani, guru merancang apa yang hendak diajar dan bagaimana hendak diajar. Kaedah yang berkesan dapat membantu pelajar mencapai kemahiran, perubahan sikap yang positif, mendalami serta meluaskan kefahaman tentang diri sendiri dan orang lain, serta dapat mempraktikkan dalam kehidupan sebenar.
Terdapat beberapa Pendekatan yang digunakan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Secara umum terdapat tiga Pendekatan yang disarankan iaitu :
1. Pendekatan Tradisi
2. Pendekatan Penyelesaian Masalah
3. Pendekatan Gabungan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan