Langkah pertama ke arah kesihatan optimum adalah menyedari yang tubuh anda memerlukan penjagaan. Langkah kedua ialah mendapatkan info kesihatan yang diperlukan untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan berkesan. Adalah sukar untuk menjaga kesihatan tubuh sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana mungkin anda menjaga kesihatan diri dan keluarga kalau anda tidak faham bagaimana musuh datang menyerang dan bagaimana tubuh anda bertindak mempertahankan diri.
Apabila anda sakit, anda akan berjumpa doktor. Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat. Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula. Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu kitaran diagnosis dan preskrepsi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan