Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Objektif kurikulum ini ialah;
- Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
- Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri.
- Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
- Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal.
- Membentuk sahsiah dan disiplin diri.
- Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.
Aspek penting pengajaran Pendidikan Jasmani ialah;
1. Penglibatan murid secara aktif dan selamat.
2. Interaksi yang kreatif dengan bahan, alat dan rakan.
3. Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti bahawa pemelajaran telah berlaku.
Tiga tunjang utama kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani ialah;
1. Kecergasan
2. Kemahiran
3. Kesukanan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan